Amaline. Satu nama. Indah disebut, didengar, pahit di kenang. Ramai yang bertanya aq siapa sebenarnya Amaline. Siapakah Amaline? Kaitannya dengan engkau? Berapa umurnya? Cantikkah? Hanya kesempatan ini, akan ku ceritakan serba sedikit insan cantik sebaya aq ini. Niatku bukan untuk publisiti murahan, biarlah sebagai peringatan.
Tiba masanya memperkenalkan siapa Amaline disebabkan janji yang telah di buat kepada Poji. Nak bahagia tepatilah janji yang telah dibuat. Hilang satu kebahagiaan, carilah kebahagiaan yang lain. Siapa Amaline?? Nama sebenarnya ialah Cahya Amaline. Aq tidak mengenali kedua orang tuanya. Ku hanya tahu dia mempunyai seorang kakak. Waktu aq mgenali kakaknya, aq berada di tingkatan empat sedangkan kakaknya di tingkatan lima. Beberapa bulan selepas itu, aq mgetahui akaknya berbadan dua. Lebih tepat lagi kahwin sebelum nikah. Dengan dia pula, aq kenali sejak di tingkatan satu lagi. Aq hanyalah pemerhati yang sentiasa memerhati. Kawan baikku berjaya memenangi hatinya. Agak tidak keterlaluan jika dikatakan kawan baikku merosakkan raga yang kandungkan jiwa. “Demi cintaku padamu, jiwa dan raga sanggup ku serahkan”. Cinta itu buta dan membutakan. Memerhati dan memerhati. Amaline mengajar aq perempuan mampu membahagikan hati kepada dua. Jauh dari pandangan mata ramai, tangan berpegangan dengan lelaki lain, yang turut aq kenali namanya, ketahui alamatnya, dan amati perlakuannnya. Dua teman lelaki dalam waktu yang sama.
Cahya Amaline. Aq tidak akan mempercayai sesuatu yang aq tidak lihat dengan mata kepala aq sendiri!! Terima kasih kerana mengajar aq sesuatu perkara baru, membuatkan aq tidak percaya akan istilah ‘teman baik’, dan peringatan yang cukup pedas, tajam dan memilukan.
Diriku acap kali mengatakan “Perkara baik dan buruk tidak akan berjalan seiringan. Salah satu mesti dikorbankan, walaupun kadang-kadang pilihan dibuat tidak selalunya betul”. Jadi aq tidak akan sesekali memilih kamu, wahai Cahya Amaline. Tapi namamu akan ku abadikan sebagai peringatan dan pesanan. Di kala kamu telah tiada lagi, pergi takkan kembali lagi, izinkan aq untuk berpesan. Kawan baikku dan Amaline, aq berpesan agar, juga buat diriku, “Diriku jua akan pergi. Biarlah aq pergi di kala orang sekeliling membenci, agar yang ditinggalkan tidak akan merindui”